Friday, October 16, 2009

Sketch....LSP404

Assalamualaikum
pada ari rabu bru nih...group lsp404 ak telah
berlakon untuk final bersama dengan 2 kumpulan dari group yg len.
tema sketsa adalah ''environment''.
sebelum ke final, group kitaorg terpaksa bertarung untuk melepasi qualifying round
(macam men bola plak). pada masa tu ak ditugaskan sebagai ajk prob iaitu ak kene mencari buluh2 sebagai hiasan. maka tugas itu telah ak jalankn dgn jayanya...ceeehhhh.
setelh group kitaorg berjaya ke final....untuk menjadikan
sketsa itu lebih mantap, satu watak tambahan diperlukan untuk
menjadi kaki gajah di bahagian belakang. so...terpaksalah ak yg mengisi ruang kekosongan tu......aduh.
tpi tkpelah sebab pengorbanan ak tu berbaloi....sebab kitaorng bukan hanya dapat best drama,no.1 malah kitaorg dapat lg best prob,best skrip,best director ngan best actor group ak yg pulun..syukur2.
ak x jangka pun dapat menang sebab group len pun power gak...mngkin sebab prob dan jalan cerita group ak yg menepati tema kot.
buat mase skang nih, dorang x bukak lg hamper tuh(biler la nk bkak)....
tpi tunggu je la..mklumlah minggu ni kitaorg cbuk ngan mini project pastu nk wat presention, test lg...sibuk2..
tpi ini lah campus life.

Sunday, October 11, 2009

Orang Kata....


ORANG KATA... enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti tobatlah.
ATUK KATA....orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA...betul jugak tu..
Korang rasa??
ORANG KATA.. exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant study... past year papers.. etc.. etc..etc..
ATUK KATA... exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada silibus untuk diikut, kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu, banyak pula tu peringkat ujiannya, Mungkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide...
AKU RASA... betul jugak tu..
Korang rasa??
ORANG KATA... have fun on your birthday, panggil kekawan dan sedara mara, berpartilah sepanjang malam, make it a memorable one!!
ATUK KATA.. setiap hari jadi, kita se makin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat...
AKU RASA.. betul jugak tu..
Korang rasa??
ORANG KATA.. kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat.. baru hati puas!!
ATUK KATA.. ye ke hati dah puas??? dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup zikir untuk santapan rohani? dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA... betul jugak tu..
Korang rasa??
ORANG KATA... successful people have a good time management, ada bisnes di kl, new york, tokyo.. masih sempat berkempen untuk pilihanraya,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!
ATUK KATA.. setiap manusia dapat 24 jam dalam sehari, tapi... ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu? ada masa ke nak jenguk ibu bapa di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?
AKU RASA... errrr.. betul jugak tu.
APA YANG KORANG RASA???

Monday, October 5, 2009

Peristiwa 1-4 oktober 2009

Assalamualaikum
Sejak hari khamis yg lepas, banyak rumah2 terbuka yg ak telah pergi.
beruntung gak klu orang wat rumah terbuka, bleh makan free.
pada mulanya ak telah pg ke jamuan hari raya yg telah dianjurkan oleh
Pusat Islam USM kampus kejuruteraan. Disana, acara telah dimulakan dengan
tahlil dan ucapan pengarah pusat islam dan pengarah projek. Kemudian barulah ak dpt makan.
Kat cni ak nk citer skit la bnda yg mungkin bg ak lawak la gak.
Masa tahlil ngan ucapan pengarah tu ak tgk tkd la ramai sngt yg
datang pada mulanya. Lepas habis je, ak tgk org semakin ramai. Maknenyer ape? Antara tahlil dan makan mane lg penting?

Hari jumaat plak ak ade jamuan tuk bdak lelaki ee3. Yg ni tkd la free sebab kitaorang bkan
ade sponsor pun. Sok terpaksala setiap org mengeluarkan RM 10 tuk jamuan
tersebut. Jamuan camni ni best klu selalu dibuat disamping kawan, hubungan sesama kawan juga dapat dieratkan lg. Lepas abeh je jamuan tu kitaorang kene kemas tempat tu termasuklah ak yg telah mencuci pinggan.

Hari Sabtu plak ak ade jamuan raya untuk palapes ketiga-tiga perkhidmatan. klu sebut pasal palapes ni tkd satu pun yang best. Mula2 ak dan rakan2 palapes terpaksa bertungkus lumus untuk menyiapkan tempat jamuan. Time tu mmg le sakit ati sebab ade le pegawai tu yg perangainye membuat kan ak rase menyesal plak pg jamuan tu. tpi tak kesahle sebab malam tu ak makan puas2 smpi perut ak penuh dengan sate, lemang, dan ABC. Setelah habis je jamuan tu ak terpakse la pulang ke kampus.

Ari ahad plak merupakan hari yg gembira dan hiba buat ak. Klu nk tahu hari ahad tu merupakan hari jadi ak yg ke 21(4 okt 2009). time tu plak ade bapa kepada coursemate ak yg telah kembali ke rahmatullah. So, tambahan plak time tu ade open house yg member ak wat, kitaorang bercadang untuk pergi melawat keluarga coursemate ak yg bapanye telah meninggal tu.
antara yg pergi merupakan member2 ak EE3.
setelah sampi je kt kg coursemate ak tu, kitaorg solat zohor dulu. Pastu baru la kitaorang pg ke rumah die. Sewaktu di rumah die tu ak telah melihat macammane Allahyarham dikapankan dan keluarga coursemate ak ni dalam kesedihan. Time tu ak teringat satu ayat Al-Quran:

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenagan yang menipu.”

[Ali Imran 3:185]


Pastu kitaorang telah pergi menunaikan solat jenazah di masjid berdekatan dengan rumah coursemate ak tu. Pastu kitaorang pn pulang.


Kemudian malam ahad tu ak g Makan KFC ngan member ak. klu ikutkan ak

mmg malas nak g, tpi sebab die nak belanja sempena besday ak ni ak pg la jgak....

klu org nk belanja takkan nak tolak plak kan...hehe.