
Bacalah kisah di bawah. Sesungguhnya ada pengajaran
yang boleh diambil dan diaplikasi dalam hidup kita.
Mungkin bukan setakat pada orang yang disayangi tetapi
juga rakan-rakan, teman-teman dan orang di sekeliling
kita.
Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara
pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan
keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari
yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa
dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik
dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki
dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata
yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka
sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.
Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada
suaminya:
"Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam
majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan
tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan
majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan
hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita.
Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah
hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita
bersama lebih bahagia ...".
Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal
dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji
tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat
hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk
kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat
untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas
dalam benak mereka masing-masing.
Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia
membincangkannya. "Saya akan mulai dulu ya", kata
isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak
sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat ...
Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak
dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan
bahawa airmata suaminya mulai mengalir ... "Maaf,
apakah saya harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak,
teruskan ..." jawab suaminya.
Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang
tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan
manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,
"Sekarang giliran abang membacakan senarai mu". Dengan
suara perlahan suaminya berkata, "Aku tidak mencatat
sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa
engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah
akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau
cantik dan baik bagiku. Tiada satupun daripada
peribadimu yang kudapati kurang ..."
Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh
pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya
... bahawa suaminya menerimanya apa adanya. Ia
menunduk dan menangis ...
p/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain,
carilah kekurangan sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA
untuk dibandingkan dengan orang lain?.. Kalau jawapan
nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.
Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dan sentiasa ade
yang perlu diperbaiki... wallahualam
Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita tak
kira siapa pun sebenarnya adalah yang mencintai kita
kerana kelebihan kita dan menerima kita kerana
kelemahan kita. Dan sudah pastilah orang ini ikhlas
No comments:
Post a Comment